Tuesday, July 28, 2009

Solat Sunat Gerhana Matahari IPGM Kampus Sultan Mizan

Assalamualaikum w.b.t…
Alhamdulillah pada 22 Julai yang lalu solat sunat gerhana telah diadakan di surau al-firdaus IPGM Kampus Sultan Mizan. Kehadiran warga kampus yang hadir menunaikan solat sunat gerhana agak menggalakkan. Selesai menunaikan solat sunat gerhana, 2 khutbah telah di sampaikan oleh ustaz A. Mazlan iaitu pensyarah dari jabatan pendidikan Islam dan moral (JAPIM) IPGM Kampus Sultan Mizan.





Read more...

Monday, July 20, 2009

Lawatan Penanda Aras Biro Agama IPGM Kampus IPoh

Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang maha Sempurna yang telah memberikan kita kenikmatan di dunia ini tanpa meminta apa-apa balasan kecuali mengabdikan diri kepadaNYA. Selawat serta salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W, kaum kerabat baginda, para sahabat, para syuhada’ serta para mujahid yang sentiasa berjuang dalam menegakkan kalimah HAQ di atas muka bumi yang fana’ ini.

Alhamdulillah, pada 4 Julai 2009 yang lalu, Biro Agama Dan Pendidikan IPGM Kampus Sultan Mizan telah menerima lawatan penanda aras daripada Biro Agama Dan Kerohanian IPGM Kampus Ipoh. Pihak Biro Agama Dan Pendidikan IPGM Kampus Sultan Mizan telah menyambut kedatangan sahabat kami lebih kurang pada jam 4.30 petang. Rombongan itu tiba dari kota bharu setelah mengadakan lawatan di ipgm kampus kota bharu pada sebelah paginya. Rombongan dari ipoh itu diberikan bilik masing-masing untuk menghilangkan penat selepas perjalanan jauh kerana aktiviti bersama biro agama akan diadakan pada sebelah malamnya.

Surau al-Firdaus dipenuhi oleh tetamu dari Ipoh. Selesai menunaikan solat maghrib, pihak kami memberikan penghormatan kepada pensyarah pengiring iaitu ustaz zakaria untuk memberikan sedikit pengisian rohani kepada warga ipgm kampus sultan mizan yang hadir ke surau pada masa itu. Selesai kuliah, warga ipgm kampus sultan mizan menunaikan solat isyak berjemaah manakala rombongan dari ipoh mengadakan sedikit tazkirah sesama mereka kerana mereka telah menunaikan solat jamak selepas solat maghrib tadi.

Sesi dialog antara Biro Agama & Pendidikan IPGM Kampus Sultan Mizan dengan Biro Agama & Kerohanian IPGM Kampus Ipoh dimulakan lebih kurang pada jam 9.20 malam. Majlis itu telah dipengerusikan oleh saudara Wan Norlail yang merupakan bendahari Biro Agama & Pendidikan IPGM Kampus Sultan Mizan. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada pensyarah penasihat Biro Agama & Pendidikan IPGM Kampus Sultan Mizan iaitu Ustaz Zawawi. Selesai ucapan daripada Ustaz Zawawi, giliran Ustaz Zakaria pula menyampaikan sepatah dua kata untuk warga dewan yang hadir. Selesai ucapan daripada kedua-dua pensyarah penasihat, tibalah pula giliran ‘amir’ bagi biro agama ipgm kampus sultan mizan dan ipgm kampus ipoh membentangkan aktiviti biro masing-masing. Selesai pembentangan daripada kedua-dua amir biro agama, tibalah giliran untuk semua ajk berdiskusi dengan ajk lujah-lujnah yang berkaitan. Setiap ajk lujnah telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk sesi dialog sesama biro yang berkaitan. Jadi masa inilah segala persoalan yang bermain di minda boleh ditanyakan kepada yang sepatutnya. Sesi dialog ini berlansung lebih kurang 30 minit walaupun masa yang diberikan hanya 20 minit. Sebenarnya masa yang diberikan itu tidak mencukupi untuk mengambil seberapa banyak ilmu serta pengalaman daripada sahabat dari ipoh itu. Namun, oleh sebab masa tidak mengizinkan pengerusi majlis terpaksa memberhentikan sesi dialog yang sedang rancak berjalan.

Selesai sahaja sesi dialog itu, sesi pengambaran pula diadakan. Selesai sesi pengambaran, sedikit kudapan disediakan untuk santapan para hadirin. Alhamdulillah, majlis itu berakhir lebih kurang pada jam 12.00 malam. Semoga lawatan ini membawa seribu erti kepada kita semua. Semoga segala perkongsian ilmu pada malam itu dapat member manfaat kepada kita semua.

Kami Biro Agama & Pendidikan IPGM Kampus Sultan Mizan mengucapkan jutaan terima kasih di atas lawatan penanda aras Biro Agama & Kerohanian IPGM Kampus Ipoh kerana sudi mengadakan lawatan di IPGM Kampus Sultan Mizan. Syukran Jazilan… (^-^)


Antara aktiviti-aktiviti semasa lawatan penanda aras













Read more...

About This Blog

  © Blogger templates Psi by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP